Hari Ini Islam_di_Korea

Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut terbantut akibat inflasi. Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjadi ketara. Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam; apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli.[4] Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini terdapat juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju and Daegu. Menurut Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), presiden Institut Islam Korea, terdapat lebih kurang 40,000 orang Islam yang berdaftar di Korea Selatan, dan lebih kurang 10,000 dianggarkan adalah penganut yang salih.[14]

Yayasan Muslim Korea menyatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam yang pertama dan akan dinamakan Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada bulan Mac 2009 dengan matlamat untuk membantu orang Islam di Korea mempelajari agama mereka menerusi kurikulum sekolah yang rasmi. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah-sekolah menengah dan malahan universiti. Abdullah Al-Aifan, Duta Arab Saudi ke Seoul telah mengirimkan $ 500,000 kepada yayasan tersebut bagi pihak kerajaan Arab Saudi.[15]

Ramai orang Islam Korea mengatakan perbezaan gaya hidup mereka membuatkan mereka dapat berdiri teguh berbanding orang lain dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kebimbangan terbesar mereka ialah sikap prejudis yang dirasai mereka selepas peristiwa 11 September 2001, ketika ramai orang menunjukkan minat terhadap idea-idea keislaman namun kebanyakannya jahil tentangnya.[16]

Rujukan

WikiPedia: Islam_di_Korea http://www.arisok.com/news_view.asp?id=5821 http://www.asiaquarterly.com/content/view/167/ http://www.asiaquarterly.com/content/view/167/42/ http://www.islamkorea.com/ http://www.islamkorea.com/english/articlean1.html http://kabarnesia.com/1931/terpesona-gerakan-solat... http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/isla... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2007/0... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2008/0... http://www.rootsinfo.co.kr/name/n06/n060213.html